Selepas menerima beberapa permainan menarik seperti Dragon Quest Builders 2 dan juga FIFA 21 pada awal bulan ini, Microsoft telah mengumumkan senarai baharu untuk permainan yang akan menyertai Xbox Game Pass pada pertengahan dan juga akhir bulan ini.

Berikut adalah permainan lain yang diumumkan menyertai Xbox Game Pass pada akhir bulan ini;

  • SnowRunner (Xbox, xCloud, PC) – Hari Ini
  • Secret Neighbor (PC) – 20 Mei
  • The Catch: Carp & Coarse Fishing (Xbox, xCloud, PC) – 20 Mei
  • The Wild at Heart (Xbox, PC) – 20 Mei
  • Knockout City (Xbox, PC) – 21 Mei
  • Maneater (Xbox, xCloud, PC) – 25 Mei
  • Conan Exiles Xbox, PC) – 27 Mei
  • MechWarrior 5: Mercenaries (Xbox) – 27 Mei
  • Slime Rancher (PC) – 27 Mei
  • Solasta: Crown of the Magister (PC) – 27 Mei
  • SpellForce 3: Soul Harvest (PC) – 27 Mei

Selain itu, mereka juga mengumumkan senarai permainan yang akan meninggalkan Xbox Game Pass pada 31 Mei;

  • Asseto Corsa
  • Broforce
  • Kingdom Hearts HD 1.5+2.5 Remix
  • Kingdom Hearts HD 2.8 Final Chapter Prologue
  • Surviving Mars
  • Void Bastards

Permainan-permainan tersebut ditawarkan dengan harga 20% jika anda ingin mendapatnya secara penuh.

Bagi anda yang ingin mengetahui lanjut, ataupun ingin mengetahui cara untuk melanggan Xbox Games Pass for PC anda boleh membacanya di artikel – 5 Tip Penggunaan Xbox Game Pass for PC.

Sohor Kini