The Ascent merupakan permainan aksi RPG yang menggunakan tema ‘Cyberpunk’, ia sebelum ini diumumkan akan menjadi antara permainan indie yang akan dikeluarkan secara terus melalui Xbox Game Pass. Minggu ini, Curve Digital mengumumkan yang The Ascent akan dikeluarkan pada 29 Julai 2021 untuk Xbox One, Xbox Series dan PC.
Ia dibangunkan oleh Neon Giant iaitu studio baharu yang ditubuhkan pada tahun 2018 oleh bekas-bekas pembangun untuk siri permainan Wolfenstein, DOOM, Bulletstorm dan Gears of War. The Ascent adalah permainan menembak dari pandangan atas. Ia boleh dimainkan secara solo ataupun secara koperasi sehingga 4 pemain.
The Ascent menyasarkan resolusi 4K dengan kadar kelancaran 60FPS di Xbox Series X, tidak disahkan lagi untuk Xbox Series S dan juga Xbox One. Selain melalui Xbox Game Pass untuk Xbox dan PC, ia juga boleh dibeli secara terus di Steam dengan harga RM89.10.