Kiyan Prince merupakan pemain bola remaja untuk pasukan Queens Park Ranger (QPR) pada 15 tahun lepas semasa dia berumur 15 tahun. Namun, masa depannya terhenti apabila terbunuh semasa cuba untuk menghentikan satu pergaduhan di sekolah.

Minggu ini, EA mengumumkan yang mereka akan mengabadikan Kiyan Prince sebagai pemain untuk QPR di dalam FIFA 21. Ini adalah usaha bersama di antara EA dan juga Kiyan Prince Foundation iaitu badan amal yang ditubuhkan oleh ahli keluarga Kiyan Prince untuk membantu golongan remaja.

Rekaan watak untuk Kiyan Prince dihasilkan oleh studio Framestore berdasarkan bantuan daripada keluarga Prince dan juga saintis dari University of Bradford. Di dalam permainan, dia akan menjadi pemain yang berumur 30 tahun. Manakala tingkah laku serta gaya permainan adalah berdasarkan perkongsian rakan-rakan sepasukan dia sebelum ini. Pemain boleh mula menggunakan Kiyan Prince bermula hari ini untuk PC dan esok untuk platform lain.

Ayah kepada Kiyan Prince Dr Mark Prince, mengatakan yang beliau berharap dengan Kiyan Prince sertakan di dalam FIFA 21, ia dapat memberi semangat kepada remaja lain untuk terus mengembangkan bakat mereka. EA juga dikatakan telah memberi sumbangan kepada Kiyan Prince Foundation untuk kerjasama ini.

Sohor Kini