Watch Dogs: Legion merupakan antara permainan pertama di PlayStation 5 dan juga Xbox Series yang menyertakan fungsi ray-tracing secara terus, namun ia juga mengakibatkan yang permainan ini terhad kepada 30FPS sahaja yang melalui ulasan saya sebelum ini, ia bukanlah gambaran sebenar apa yang kita boleh jangkakan daripada konsol generasi baharu.

Ubisoft pada hujung minggu lepas telah berkongsi penambahan yang akan tiba melalui kemaskini akan datang untuk permainan tersebut. Antara yang dikongsi adalah mod prestasi 60FPS akhirnya akan tiba, mereka juga mengatakan yang ia adalah fungsi yang diminta ramai. Mod ini berkemungkinan besar akan perlu mengorbankan beberapa tetapan grafik untuk memastikan ia boleh dimainkan dengan baik.

Selain itu, kemaskini tersebut juga akan membawa beberapa mod permainan baharu termasuk juga Tactical Ops dan kemaskini untuk menyelesaikan masalah bagi watak Mina yang tiba melalui kemaskini 4.0. Watch Dogs Legion sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, dan PC.

Sohor Kini