Jika anda membuka PUBG Mobile sejak beberapa hari lepas, anda mungkin sudah menjumpai Godzilla dan juga Kong yang berada di beberapa peta. Godzilla berada peta Erangel sejak 11 Mei lepas, manakala Kong berada di peta Sanhok sejak 15 Mei lepas. Mechagodzilla pula akan membuat penampilan di peta Livik pada 20 Mei.
Ketiga-tiga ‘kaiju’ akan menemani pemain di setiap peta tersebut pada 8 Jun 2021. Pemain boleh menghampiri mereka dan akan menjatuhkan pelbagai barangan, namun jika terdapat terlalu ramai pemain di tempat tersebut, mereka akan menyerang.
Selain itu, pemain juga akan menjumpai kawasan APEX Cybernetics dan juga sarang untuk raksasa-raksasa tersebut di mana pemain boleh lawat dan mencari barangan untuk digunakan semasa bertempur. Tambahan daripada itu, mereka juga memperkenankan peta Arena baharu iaitu Hangar bermula pada 1 Jun ini.
PUBG Mobile sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.
