505 Games telah mengumumkan yang Ghostrunner 2 iaitu permainan susulan untuk Ghostrunner yang dikeluarkan pada tahun lepas sedang dibangunkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC, menariknya walaupun 505 Games telah membeli IP tersebut, pembangun asal iaitu One More Level akan terus menjadi pembangun untuknya.

Buat masa ini tiada pengumuman lanjut yang dilakukan termasuk juga tarikh pelancaran. Tidak disahkan juga jika ia akan dikeluarkan untuk konsol generasi lepas seperti PlayStation 4 dan juga Xbox One.

Ghostrunner merupakan permainan aksi parkour yang sangat mencabar, dengan sistem “one-hit-kill” ia memerlukan ketelitian pergerakan oleh pemain. Anda boleh membaca ulasan kami untuk permainan pertama melalui pautan ini; Ulasan Ghostrunner – Permainan Aksi Parkour Ninja Cyberpunk Yang Sangat Mencabar.

Sohor Kini