QuakeCon Akan Berlangsung Ogos Ini, Sepenuhnya Secara Digital

Bethesda telah mengumumkan yang QuakeCon akan kembali dianjurkan pada tahun ini selepas dibatalkan pada tahun lepas akibat pandemik Covid-19. QuakeCon 2021 akan berlangsung pada 19 Ogos sehingga 21 Ogos 2021, namun ia masih lagi akan dianjurkan sepenuhnya secara digital.

Mereka juga mengatakan yang walaupun tidak sabar untuk kembali ke Dallas, Texas iaitu tempat penganjuran biasa bagi QuakeCon akan tetapi demi keselamatan pekerja, sukarelawan dan juga komuniti mereka mengambil keputusan untuk tidak menganjurkan secara fizikal bagi tahun ini.

Maklumat lanjut termasuk juga penjadualan penstriman semasa acara ini, peluang untuk menderma dan juga hadiah akan dikongsi sekitar bulan Jun depan.

Sohor Kini