DualSense Menerima Dua Pilihan Warna Baharu, Tiba Bulan Depan

Semasa PlayStation 5 dilancarkan, antara perkara yang sedikit mengecewakan adalah ia hadir dengan satu pilihan warna sahaja, begitu juga untuk DualSense. Namun, DualSense tampaknya akan mempunyai pilihan yang yang berbeza dan tidak terhad kepada warna putih sahaja.

PlayStation hari ini telah umum dua pilihan warna baharu untuk DualSense iaitu hitam dan juga merah ataupun nama rasmi Midnight Black dan Cosmic Red. Mereka juga menyertakan video khas untuk memperlihatkan kedua-dua alat kawalan tersebut.

Kedua-dua alat kawalan ini akan tiba pada bulan depan tetapi tarikh untuknya adalah berbeza mengikut negara. Di Malaysia, alat kawalan DualSense ditawarkan dengan harga RM349 dan warna baharu ini juga akan menggunakan harga yang sama. Penantian sekarang adalah konsol pula menerima warna yang berbeza.

Sohor Kini