Valve Mungkin Umum Permainan Untuk Konsol Sekitar Tahun Ini

Valve walaupun merupakan pemilik kepada gedung permainan PC utama iaitu Steam, mereka juga merupakan pembangun permainan video. Selain itu, walaupun lebih memfokuskan kepada PC, mereka juga sering hadir permainan untuk konsol, akan tetapi terhad kepada era PlayStation 3 dan Xbox 360. Dengan kita sudah memasuki generasi konsol yang baharu, Valve tidak pernah melancarkan untuk permainan di PlayStation 4 ataupun Xbox One.

Semasa temubual di antara Gabe Newell dengan pelajar di sebuah sekolah yang kami rasakan adalah di New Zealand, seorang pelajar bertanya jika permainan Valve akan terus terhad di PC ataupun akan turut dilancarkan untuk konsol. Pelajar tersebut bertanya jika “Steam” akan melancarkan permainan di konsol akan tetapi kami berpendapat ia bermaksud Valve.

Walaupun, Gabe Newell tidak memberi jawapan yang kukuh ataupun jelas dan sekadar mengatakan yang perkara ini akan terjawab pada akhir tahun ini, tetapi ia boleh dikatakan satu perkara yang menarik. Ramai pemain inginkan Half Life Alyx dilancarkan untuk PSVR tetapi ada kemungkinan mereka melancarkan Dota Underlords untuk konsol. Apa pun, kita perlu nantikan pengumuman rasmi oleh Valve.

Sohor Kini