Aplikasi Kalkulator Dilancarkan Untuk Switch Dengan Harga RM41

Nintendo Switch adalah pada asasnya merupakan konsol permainan video, berbeza dengan telefon pintar ia tidak mempunyai pelbagai kegunaan lain. Namun, ini tampaknya tidak menghalang pembangun untuk menghasilkan aplikasi yang kami tidak pasti diperlukan di Switch iaitu aplikasi kalkulator.

Aplikasi yang sekadar menggunakan nama Calculator ini akan ditawarkan di Nintendo eShop dengan harga $9.99 (RM41), ia adalah kalkulator saintifik oleh itu berguna untuk kegunaan kiraan anda. Kami tidak yakin yang anda boleh membawanya ke dalam dewan peperiksaan.

Sekurang-kurangnya kita boleh katakan yang aplikasi Calculator tiba terlebih dahulu berbanding Netflix di Nintendo Switch.

Sohor Kini