Semasa perkongsian dengan pelabur selepas mengumumkan prestasi kewangan mereka, Ubisoft telah berkongsi serba sedikit mengenai strategi baharu bagi pengeluaran permainan video mereka. Berdasarkan perkongsian oleh Daniel Ahmad di Twitter, Ubisoft tampaknya akan mempertingkatkan kepentingan permainan percuma di dalam strategi perniagaan mereka.

Mereka tidak lagi akan menganggap pelancaran 3 hingga 4 permainan setiap tahun sebagai tanda kejayaan akan tetapi akan turut mengambil kira prestasi untuk permainan-permainan percuma. Ini juga tidak menandakan yang Ubisoft akan mengeluarkan lebih sedikit permainan.

Ubisoft sebelum ini telah hadir dengan pelbagai permainan percuma seperti Hyper Scape, dan juga untuk peranti pintar seperti Assassin’s Creed Rebellion dan Tom Clancy’s Elite Squad. Mereka juga telah mengumumkan dua permainan percuma berdasarkan The Division iaitu The Division Heartland untuk konsol serta PC dan The Division Mobile.

Sohor Kini