Innersloth minggu ini telah melancarkan kemaskini untuk Among Us bagi peranti pintar di iOS dan juga Android yang memfokuskan kepada integrasi secara terus dengan Discord dan juga Twitch selain membaiki beberapa pepijat yang hadir.

Bagi integrasi dengan Discord, pemain kini boleh menyambungkan akaun Discord anda ke Among Us dan boleh terus mendapatkan pautan untuk memudahkan rakan menyertai bukan sahaja room untuk Among Us akan tetapi termasuk juga untuk room di Discord. Pemain di PC juga boleh memasuki pautan tersebut.

Manakala untuk integrasi dengan Twitch pula, anda kini boleh strim sesi permainan anda ke Twitch melalui butang yang disediakan di bahagian tetapan. Ia adalah secara asas sahaja oleh itu anda tidak boleh melakukan sebarang perubahan terutama untuk mengubah antaramuka penstriman.

Among Us sudah dikeluarkan untuk Switch serta PC. Ia juga dikeluarkan untuk iOS dan Android secara percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini