Beberapa hari lepas, Naughty Dog menyambut ulang tahun ke-5 pelancaran Uncharted 4: A Thief’s End, mereka telah berkongsi beberapa maklumat mengenai sesi permainan untuknya. Antara yang dikongsi adalah setakat ini, ia telah dimainkan oleh 37 juta pemain.

Walaupun tidak diumumkan secara rasmi, akan tetapi berdasarkan data yang diperlihatkan di ruangan trofi, 39% pemain telah menghabiskan permainan ini sekurang-kurangnya sekali, oleh itu ia menjadikan lebih 14 juta pemain yang telah bermain sehingga tamat dan 259 ribu pemain mendapat kesemua trofi.

Antara maklumat lain yang dikongsi oleh Naughty Dog adalah terdapat 13.3 juta pemain yang telah mencuba mod multi-pemain untuknya, 9.8 juta pemain bermain dengan Lemur di bahagian ‘Market dan 2 juta pemain yang mencapai bahagian tertinggi untuk Clocktower.

Uncharted 4: A Thief’s End sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, ia juga boleh dimainkan di PlayStation 5 melalui keserasian belakang.

Sohor Kini