Pada tahun lepas, makhamah di Amerika Syarikat telah mendapati Supercell telah menggunakan 6 paten oleh syarikat dari Jepun iaitu Gree Inc di dalam permainan mereka. Pada waktu itu, mereka diarahkan untuk membayar pampasan sebanyak $8.5 juta.

Melalui pembicaraan kedua di Mahkamah Texas, Supercell turut didapati bersalah dan kali ini, mahkamah mengenakan $92.2 juta (~RM379 juta) sebagai denda. Gree Inc juga telah memfailkan untuk pembicaraan ketiga yang dijangka akan berlangsung sekitar tahun ini.

Gree telah mengatakan yang Supercell telah menggunakan sistem ‘gacha’ mereka di dalam permainan seperti Clash of Clans, Clash Royale dan Hay Day. Antaranya adalah pertempuran secara “maya” dengan pemain lain, menentukan kadar keberangkalian untuk mendapatkan baranganan tertentu dan juga cara menyimpan data pengguna dan juga permainan.

Supercell menegaskan yang mereka tidak bersetuju dengan dakwaan menggunakan paten tersebut, walaupun mereka menghormati keputusan mahkamah tetapi tetap kecewa dengannya dan akan melakukan rayuan.

Sohor Kini