PUBG Mobile telah mengumumkan yang mereka telah menjadikan MK atau nama sebenar beliau Muhammad Hairi Amin Hamdan yang terkenal bersama dengan kumpulan K-Clique sebagai duta untuk permainan mereka. Melalui kerjasama bersama dengan Warner Music Malaysia, MK akan hadir dengan dua lagu khas untuk PUBG Mobile yang akan digunakan ketika kejohanan esukan tahun ini.

Selain itu, PUBG Mobile juga akan menyertakan pelbagai kandungan berdasarkan MK di dalam permainan, antaranya adalah kostum MK, watak, pek suara, muzik di lobi dan pelbagai lagi yang akan diperkenalkan. Ini bukanlah pertama kali, PUBG Mobile bekerjasama dengan penyanyi ataupun kumpulan muzik, mereka pada tahun lepas telah menganjurkan acara kolaborasi bersama dengan kumpulan K-Pop popular Blackpink.

PUBG Mobile sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android, ia merupakan permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini