Dontnod merupakan pembangun untuk dua permainan Life is Strange iaitu yang pertama dan juga Life is Strange 2, namun Square Enix yang merupakan penerbit bagi permainan tersebut juga merupakan pemilik IP untuk Life is Strange.

Berdasarkan temubual bersama dengan IGN, CEO Dontnod, Oskar Guilbert, mengatakan walaupun tidak menolak kemungkinan mereka akan hadir dengan permainan Life is Strange baharu akan tetapi buat masa ini, ia bukan strategi mereka. Sebaliknya, mereka akan memfokuskan kepada IP sendiri.

Dontnod buat masa ini mempunyai beberapa permainan sendiri seperti Tell Me Why dan Twin Mirror yang akan diterbitkan sendiri. Manakala bagi siri Life is Strange pula, ia akan menerima permainan baharu iaitu Life is Strange: True Colors yang dibangunkan oleh Deck Nine Games iaitu pembangun untuk Life is Strange: Before the Storm.

Anda boleh baca ulasan kami untuk Life is Strange 2 melalui pautan ini; Ulasan Life is Strange 2 – Permainan Dengan Mesej Yang Penting.

Sohor Kini