Capcom hari ini mengumumkan yang permainan terbaru untuk siri Resident Evil mereka iaitu Resident Evil Village ataupun Resident Evil 8 telah diedarkan sebanyak 3 juta unit secara global selepas dilancarkan kurang daripada seminggu yang lepas.

Selepas dilancarkan, Resident Evil Village telah menerima penerimaan yang baik daripada pemain dan juga pengulas, di mana ia telah menerima skor purata 85 di Metacritic. Resident Evil Village sekali lagi membawa penceritaan yang memfokuskan kepada Ethan Winter yang diperkenalkan di dalam Resident Evil 7.

Resident Evil Village sudah dikeluarkan sejak 7 Mei lepas untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Switch dan PC.

Sohor Kini