Minecraft Dungeons telah menerima kemaskini percuma yang menyertakan satu fungsi yang sangat berguna bagi pemain yang bermain permainan tersebut di beberapa platform yang berbeza iaitu Fungsi Simpanan Awan. Melaluinya pemain boleh membawa kemajuan daripada satu platform untuk dimainkan di platform berlainan.

Fungsi ini akan menyokong kesemua platform yang permainan ini tiba, untuk menggunakannya, permainan mesti dikemaskini ke versi yang terbaru dan perlu log masuk akaun Microsoft. Namun, buat masa ini ia tidak menyertakan fungsi tersebut secara automatik, sebaliknya pemain perlu memuat naik fail simpanan selepas habis bermain dan memuat turun di platform yang ingin disambung.

Ia perlu dilakukan setiap masa jika ingin memastikan sentiasa menggunakan fail simpanan terbaru. Anda boleh layari laman rasmi fungsi ini untuk cara melakukannya, ia juga akan diperlihatkan di dalam permainan.

Minecraft Dungeons sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Xbox Series, Switch dan PC. Anda boleh baca ulasan kami untuknya di pautan ini; Ulasan Minecraft Dungeons – Permainan Serba Ringkas.

Sohor Kini