Konrad Tomaszkiewicz iaitu pengarah untuk permainan The Witcher 3: Wild Hunt dan juga pengarah bersama untuk Cyberpunk 2077 telah mengesahkan yang dia meninggalkan CD Projekt selepas lebih 17 tahun bersama dengan studio dari Poland tersebut.

Perkara tersebut dikatakan berpunca daripada sesetengah pekerja CD Projekt mengatakan yang dia membuli di tempat kerja. CD Projekt telah melakukan siasatan dalaman beberapa bulan lepas akan tetapi mendapati dia tidak bersalah. Namun, dia tetap dengan keputusan untuk berhenti dan meminta maaf kepada semua yang terkesan dengan tingkah laku yang tidak baik.

Dia juga mengatakan yang akan terus memperbaiki dirinya, ia adalah satu perkara yang mengambil masa yang lama akan tetapi berharap di boleh melakukannya. Konrad Tomaszkiewicz menyertai CD Projekt sebagai penguji untuk permainan The Witcher pada tahun 2004 sebelum menjadi pereka setahun kemudian.

Sohor Kini