Skip to main content

Blizzard akhirnya mengumumkan yang World of Warcraft: Burning Crusade Classic iaitu penambahan pertama bagi permainan World of Warcraft yang dikeluarkan pada tahun 2007 akan dikeluarkan semula untuk pemain World of Warcraft Classic pada 1 Jun 2021. Penambahan tersebut diumumkan pertama kali pada Februari lepas ketika Blizzcon.

Burning Crusade Classic akan membawa semula pemain lama dan juga baharu untuk mencuba penambahan pertama bagi permainan MMORPG terkenal ini. Pemain akan memasuki Dark Portal untuk memasuki dunia Outland di mana Burning Legion dengan merancang serangan ke atas semua di Azeroth. Ia akan menyertakan dunia baharu untuk diteroka, dan juga dua pilihan bangsa baharu iaitu Blood Elves dan Draenei serta kebolehan untuk menggunakan tunggangan yang boleh terbang.

Pemain yang ingin bermain penambahan Burning Crusade Classic boleh membawa watak mereka daripada permainan asas, tetapi ia tidak lagi boleh digunakan untuk permainan tersebut. Namun, pemain diberi pilihan untuk membayar $35 (RM144) untuk membuat salinan watak agar ia boleh digunakan di kedua-dua permainan. Pemain juga boleh membayar $39.99 (RM 164) untuk mendapatkan Dark Portal Pass yang akan terus meningkatkan tahap mana-mana watak sehingga tahap 58. Ia tidak boleh digunakan untuk bangsa baharu.

Seperti permainan World of Warcraft Classic, World of Warcraft: Burning Crusade Classic juga ditawarkan secara percuma kepada pelanggan World of Warcraft.

Leave a Reply