Dengan Hari Raya Aidilfitri semakin menghampiri, Moonton melalui kejohanan utama mereka iaitu Mobile Legends Professional League (MPL) telah berkongsi beberapa kandungan untuk menyambut perayaan tersebut. Antara yang dikongsi adalah satu filem pendek yang memfokuskan kepada Haziq iaitu pemain untuk pasukan Todak dan ayahnya. Anda boleh tonton filem tersebut di bawah.

https://www.youtube.com/watch?v=OPzrVBlwl2s

Haziq dan ayahnya tidak mempunyai perhubungan yang baik, dan sering bertengkar. Namun, pada satu kejadian, mereka berdua telah bertukar badan dan Haziq serta ayahnya terpaksa belajar dan mengetahui mengenai kehidupan masing-masing, termasuk juga belajar untuk main Mobile Legends. Menariknya, pengakhiran untuk video ini ditetapkan oleh pengikut MPL Malaysia di Facebook.

Selain itu, pemain juga boleh mendapatkan ‘Sampul Raya’ daripada pasukan-pasukan kegemaran seperti Orange Esports, Geek Fam Malaysia, Team SMG, Bosskurr, HomeBois, Suhaz EVOS, Reborn Esports, TODAK, RED Esports, dan RSG Malaysia. Untuk menyertainya, anda perlu mengikut laman Facebook pasukan pilihan dan kongsi ucapan yang dikhususkan di laman Facebook peribadi anda. Sampul Raya tersebut akan memberikan barangan untuk permainan Mobile Legends, dan anda juga berpeluang untuk memenangi telefon pintar Black Shark 4. Anda boleh layari laman rasmi untuk kempen ini untuk maklumat lanjut.

Mobile Legends: Bang Bang sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma yang menyertakan pembelian di dalam permainan.

Sohor Kini