Menurut laporan oleh Bloomberg, Ketua Pegawai Kewangan Sony, Hiroki Totoki telah mengatakan yang mereka menjangkakan permintaan untuk PlayStation 5 tidak akan berkurangan pada tahun ini, dan walaupun akan mendapat lebih banyak bahan komponen dan dapat mengeluarkan lebih banyak konsol pada tahun 2022, ia masih tidak dapat memenuhi permintaan.

Beliau mengatakan perkara tersebut kepada penganalisa semasa sesi perbincangan tertutup yang dilakukan selepas pengumuman prestasi kewangan Sony, di mana mereka mengumumkan yang setakat Mac 2021, PlayStation 5 telah terjual sebanyak 7.8 juta unit. Walaupun, mempunyai jumlah penjualan yang baik, dan dianggarkan akan mencapai jumlah jualan 14.8 juta unit sehingga Mac tahun hadapan, namun ia masih lagi tidak akan memenuhi permintaan sebenar untuk konsol tersebut.

Sony sebelum ini dilaporkan akan melakukan kemaskini kepada konsol tersebut bagi mengatasi masalah kekurangan alat komponen, di mana ia akan menggunakan cip 6nm berbanding 7nm sekarang. Namun, ia dijangka akan tiba sekitar suku kedua atau suku ketiga tahun hadapan.

Sohor Kini