Pine Ditawarkan Percuma Di Epic Games Store Sehingga 13 Mei

Epic Games Store telah menawarkan satu permainan percuma sebagai tawaran mingguan mereka iaitu Pine. Ia sudah boleh ditebus sejak minggu lepas dan ditawarkan sehingga 13 Mei.

Pine merupakan permainan pengembaraan dunia terbuka di mana pemain perlu mengembara dan menyelesaikan pelbagai tekaria untuk mencapai tujuan akhir. Pemain akan berinteraksi dengan pelbagai spesis kehidupan sepanjang permainan ini. Ia dibangunkan oleh Twirlbound dan diterbitkan oleh Kongregate untuk PS4, Switch dan PC.

Selepas tawaran ini berakhir, Epic Games Store menawarkan satu permainan lagi iaitu The Lion’s Song bermula pada 13 Mei ini sehingga 20 Mei 2021.

Sohor Kini