Square Enix sebelum ini mengumumkan mereka akan melancarkan permainan battle royale berdasarkan siri Final Fantasy VII iaitu Final Fantasy VII The First Soldier. Melalui perkongsian terbaru, mereka telah memperlihatkan bentuk permainan untuk-nya yang anda boleh tonton secara penuh di Twitch.

Selain iut, mereka juga telah mengumumkan yang sesi beta tertutup untuk The First Soldier akan bermula pada 1 Jun sehingga 7 Jun 2021. Pendaftaran untuknya juga sudah dibuka bermula sekarang sehingga 27 Mei 2021. Buat masa ini ia hanya terbuka untuk pengguna Android dan pendaftaran boleh dilakukan melalui Play Store.

Di dalam The First Soldier, pemain akan menjadi Soldier yang sedang melakukan latihan. Pemain perlu bertempur untuk menjadi Soldier terakhir yang terselamat. Pemain boleh menggunakan pelbagai kebolehan serta magis bersama dengan senjata api untuk bertempur. Pemain boleh memilih pelbagai gaya serangan seperti Warrior, Sorcerer ataupun Monk yang mempunyai kebolehan tersendiri.

Selain bertempur dengan pemain lain, ia juga menyertakan PvE di mana terdapat pelbagai raksasa yang apabila dibunuh akan memberi pengalaman kepada pemain untuk meningkatkan tahap dan juga mendapatkan senjata yang lebih berkuasa. Pelbagai elemen Final Fantasy juga diterapkan, antaranya menunggang Chochobo dan menggunakan summon seperti Ifrit.

Ia akan dikeluarkan untuk iOS dan Android akan tetapi buat masa ini masih tiada tarikh pelancaran yang diumumkan. Ia adalah permainan percuma dan akan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini