Kuyi Mobile Diumumkan Sebagai Pemenang Untuk Storm the World 2021

Sepertimana kami laporkan sebelum ini, Storm the World 2021 merupakan kejohanan pembangunan permainan video yang dikhususkan untuk pembangun indie. Ia dianjurkan oleh penerbit permainan Storms bersama dengan perkhidmatan Adjust.

Hari ini, mereka telah mengumumkan selepas menerima 250 penyertaan daripada pelbagai negara seperti Australia, China, Colombia, India, Indonesia, Arab Saudi, Korea Selatan, Spain, United Kingdom, dan Vietnam. Kuyi Mobile iaitu studio pembangun dari Filipina telah dipilih sebagai juara. Mereka mendapat hadiah tunai dan juga kontrak penerbitan dari Storm.

Kuyi Mobile ditubuhkan oleh Erick Garayblas yang merupakan seorang pelukis kartun, mereka telah hadir dengan pelbagai permainan mudah alih seperti Questkeep, Pocket Arcade, Idle Startup Inc, dan Pin vs Ball.

Sohor Kini