Deep Silver dan 4A Games minggu ini telah melancarkan Metro Exodus PC Enhanced Edition yang akan menyertakan pelbagai penambah-baikkan grafik untuk versi PC bagi permainan Metro Exodus yang dikeluarkan pada tahun 2019. Edisi baharu ini adalah percuma untuk semua yang sudah memiliki permainan ini, namun ia bukanlah satu kemaskini tampalan, tetapi satu permainan yang berlainan.

Edisi ini akan menyokong pelbagai fungsi Ray Tracing, termasuk juga Advanced Ray Traced Reflection dan DLSS 2.0 bagi yang menggunakan GPU NVIDIA untuk memberikan gambar yang lebih jelas tetapi tidak memberi kesan yang ketara kepada kelancaran permainan.

Mereka juga telah mengumumkan yang Metro Exodus untuk PlayStation 5 dan Xbox Series akan dikeluarkan pada 18 Jun 2021, dan seperti diumumkan sebelum ini, ia juga adalah percuma untuk pemilik di PlayStation 4 dan Xbox One. Di PS5 dan Xbox Series X ia akan memberikan grafik 4K/60fps dan Ray Tracing.

Metro Exodus sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Buat masa ini ia boleh dimainkan di PlayStation 5 dan Xbox Series melalui keserasian belakang.

Sohor Kini