PlayStation 5 yang telah terjual sebanyak 7.8 juta unit setakat Mac lepas, mungkin akan menerima model yang dikemaskini pada suku kedua atau suku ketiga tahun 2022. Perkara ini telah dilaporkan oleh media Taiwan iaitu Digitimes yang mengatakan ia adalah berdasarkan sumber industri.

Namun, model kemaskini ini dikatakan hanya memfokuskan kepada penggunaan cip baharu sahaja iaitu akan menggunakan cip 6nm daripada AMD, model sekarang ia menggunakan cip 7nm. Laporan tersebut juga mengatakan yang mereka tidak memilih untuk menggunakan cip 5nm kerana ia akan menjadi terlalu mahal.

Berdasarkan laporan VGC, Sony mengatakan yang mereka tidak akan hadir dengan versi berlainan untuk PS5 sepanjang tahun fiskal ini, yang akan berkahir pada Mac 2022, namun mereka akan mencari cara terbaik untuk menyelesaikan masalah kekurangan cip di pasaran sekarang.

Sohor Kini