Ubisoft telah mengumumkan penambahan permainan untuk siri The Division mereka, pertama adalah The Division Heartland iaitu permainan percuma yang akan dikeluarkan untuk konsol dan PC. Seterusnya adalah The Division Mobile yang pertama kali membawa siri permainan ini ke peranti mudah alih.

The Division Heartland akan dibangunkan oleh Red Storm iaitu studio yang sebelum ini membantu Massive Entertainment untuk membangunkan The Division dan juga The Division 2. Heartland akan berlaku di dalam dunia The Division, akan tetapi pemain tidak perlu bermain permainan sebelum ini untuk mengikutinya. Ia akan tiba untuk konsol dan juga PC pada tahun 2021 atau 2022. Anda boleh daftar melalui pautan ini untuk berpeluang mencubanya lebih awal.

Manakala untuk The Division Mobile, buat masa ini masih tidak banyak perkongsian dan mereka akan mengumumkan mengenainya secara lanjut pada tarikh yang lain. Seperti diumumkan sebelum ini, The Division 2 juga akan menerima kandungan baharu, novel dan juga filem.

Sohor Kini