PlayStation sebelum ini telah hadir dengan Game Boost, iaitu permainan PlayStation 4 yang boleh dimainkan dengan lebih baik di PlayStation 5 contohnya kadar kelancaran lebih tinggi dan pemuatan yang lebih pantas, namun ia bukanlah satu perkara yang digembar-gemburkan terutama kerana jumlah permainan yang menyokongnya adalah terhad.

Menariknya, PlayStation telah berkongsi satu treler ringkas yang memperlihatkan fungsi Game Boost ini, bahkan menyertakan logo untuknya. Ia mungkin menandakan yang lebih banyak permainan akan menyokong fungsi ini. Seperti yang diperlihatkan di dalam treler tersebut antara permainan yang menyokongnya adalah God of War, Ghost of Tsushima dan Shadow of the Colossus.

Berbeza dengan fungsi FPS Boost untuk Xbox Series, Game Boost buat masa ini sekadar memfokuskan kepada permainan terbitan SIE sendiri.

Sohor Kini