Lucid Games akhirnya melancarkan musim baharu untuk permainan Destruction AllStars mereka iaitu Musim 1 selepas musim permulaan semasa ia dilancarkan pada Februari lepas. Musim ini digelar sebagai Hot Shots. Musim baharu ini antaranya menyertakan watak baharu, Allstar Pass dan mod baharu.

Watak ataupun Allstar baharu adalah Alba, dia dilengkapi dengan battle suit dan juga pengalaman sebagai pelumba veteran. Alba mempunya kebolehan semasa di luar kereta iaitu Character Breaker, di mana dia boleh mengeluarkan satu bongkah iaitu bulwarks yang boleh menyekat kereta lawan. Manakala kereta Alba pula boleh mengeluarkan Claymore yang akan menyerang kereta yang terdekat, dia juga akan menerima Mod Penceritaan tersendiri.

Hadirnya Allstar Pass, ia juga akan memberi cara baharu untuk pemain menerima kandungan. Terdapat 100 tahap kesemuanya yang boleh dipertingkatkan dengan melakukan aktiviti harian, mingguan ataupun cabaran. Ia mempunyai versi percuma dan juga Premium yang boleh dibeli menggunakan 1000 Destruction Points. Challenger Series untuk Alba dan Premium Allstar Pass adalah dua kandungan yang perlu dibayar untuk musim ini.

Mod baharu untuk Competitive Mode adalah Blitz yang akan tiba pada 2 Jun 2021. Melaluinya, empat pasukan yang terdiri daripada 3 pemain dan pemain tidak boleh menggunakan AllStar yang sama di setiap pusingan, dan ability energy akan di bawa ke pusingan seterusnya.

Kandungan lain yang akan tiba sepanjang musim baharu ini adalah Mod Penceritaan untuk Ratu, Boxtop dan Angelo. Mod foto juga akan disertakan pada 19 Mei ini.

Destruction AllStars sudah dilancarkan untuk PlayStation 5, semasa dilancarkan ia adalah permainan percuma untuk PS Plus tetapi sekarang boleh didapati dengan harga RM79.

Sohor Kini