Garena telah mengumumkan yang permainan Call of Duty Mobile telah dimuat turun sebanyak 500 juta kali sejak dilancarkan pada tahun 2019.

Ia satu jumlah yang sangat besar, terutama jika ingin dibandingkan dengan satu lagi permainan percuma Call of Duty iaitu Warzone, yang baru mencatat 100 juta pemain pada bulan lepas. Namun, jumlah muat turun turut mengambil kira pemain yang memuat turun lebih daripada sekali.

Bagi menyambut pencapaian ini, Garena telah menawarkan ganjaran percuma iaitu Radia Current Crate untuk pemain berpeluang mendapatkan watak seperti Outrider dan Special Ops termasuk juga senjata seperti AK47. Pemain boleh dapatkannya melalui mesej di dalam permainan.

Call of Duty Mobile telah dilancarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma yang menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini