EA minggu ini telah menambah lagi penawaran permainan oleh mereka apabila mengumumkan yang pengambil-alihan Metalhead Software iaitu studio pembangunan dari Kanada yang terkenal dengan siri permainan simulasi besbol, Super Mega Baseball.

Mereka tidak mengumumkan kos pengambil-alihan tersebut, namun mengatakan yang Metalhead Software akan terus mengeluarkan siri Super Mega Baseball selain turut akan mencari permainan baharu termasuk juga permainan sukan berlainan. Metalhead Software akan terus beroperasi seperti biasa, tanpa perubahan besar.

Super Mega Baseball buat masa ini mempunyai tiga permainan, dan yang terbaru iaitu Super Mega Baseball dikeluarkan pada tahun lepas. Berbeza dengan permainan simulasi sukan kebiasaan, siri ini tidak dikeluarkan setiap tahun oleh itu mungkin permainan seterusnya yang juga pertama di bawah EA akan dikeluarkan seawal-awalnya tahun hadapan.

Sohor Kini