Ubisoft telah melancarkan kemaskini utama untuk Watch Dogs: Legion iaitu Update 1 ataupun kemaskini 4.0, ia sudah pun boleh dimuat turun untuk setiap platform permainan ini dikeluarkan. Kemaskini antaranya menyertakan pelbagai kandungan tambahan secara percuma dan juga khusus untuk pemilik pas semusim.

Bagi pemilik pas semusim untuk Watch Dogs: Legion, mereka akan memperoleh kandungan eksklusif iaitu;

  • Watak Mina Sidhu – Dia merupakan hasil daripada satu uji kaji di dalam makmal dan mempunyai kuasa untuk mengawal minda dan mengawal lawan menggunakan OMNI Optik dan juga mempunyai Mental Blast untuk menyekat penjahat di sekitar.
  • Penceritaan baharu untuk DeadSec – Swipe Right merupakan misi solo baharu yang memerlukan DeadSec untuk menyiasat seorang individu yang berpakat dengan menteri dari Mesir yang cuba menjual barangan antik negara.

Selain itu, kemaskini percuma untuk semua pemain juga disertakan iaitu;

  • Pilihan operatif baharu: DJ dan First Responder
  • Pemain juga kini boleh mengubah rambut dan juga tatu operatif
  • Kebolehan operatif baharu: Pickpocket, Second Wind, Wanted, Hoarder dan Stuntman

Manakala untuk kandungan bagi mod Online pula, berikut adalah kandungan-kandungan baharu yang disertakan;

  • 3 Misi koperasi baharu – Dsyfunction, Meltdown, Repossession
  • 5 misi solo baharu
  • 2 peranti koperasi baharu – Guardian Drone dan Point Defense Drone

Ubisoft juga berkongsi kandungan tambahan yang akan tiba tidak lama lagi, antaranya adalah mod PvP baharu iaitu Extraction, Invasion dan Tactical Op baharu iaitu Project Omni ia akan tiba sekitar akhir bulan ini.

Manakala bagi pemilik pas semusim, kandungan penceritaan baharu iaitu Bloodline yang menyertakan protagonis daripada permainan pertama Aiden Pierce dan Wrench dari Watch Dogs 2, ia akan tiba akhir Jun. Pada bulan Ogos, Darcy iaitu merupakan seorang anggota Assassin’s Creed akan tiba sebagai watak baharu bersama dengan misi.

Watch Dogs: Legion sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC. Anda boleh baca ulasan kami di pautan ini; Ulasan Mini – Watch Dogs Legion.

Sohor Kini