Wabak COVID-19 masih lagi sedang membelenggu dunia, tetapi Riot Games nampaknya masih lagi akan mengadakan kejohanan League of Legends Worlds Championship mereka pada 6 November tahun ini di Universiade Sports Centre di Shenzhen.

Kejohanan Worlds Championship ini juga adalah kemuncak musim profesional League of Legends pada tahun ini, dimana pemenang kejohanan e-sukan ini akan membawa pulang Summoners’ Cup dan juga wang tunai yang cukup lumayan sekali.

Lokasi tersebut dilaporkan mampu menampung sekitar 68,000 penonton dan telah digunakan sebelum ini untuk sejumlah besar acara-acara terkemuka, tetapi setakat ini ia tidak diketahui lagi bagaimanakah mereka akan mendapatkan pasukan-pasukan terlibat untuk menghadiri acara ini secara fizikal.

Akan tetapi, masih ada banyak masa lagi sebelum kejohanan ini dijalankan, dan kemungkinan bahawa wabak COVID-19 ini berkurangan masih lagi ada, dan orang ramai boleh menghadiri acara ini dengan selamat dan selesa.

Sohor Kini