Ubisoft minggu ini telah menganjurkan acara masa terhad baharu untuk permainan menembak kompetitif Tom Clancy’s Rainbow Six Siege. Ia adalah acara yang bertemakan pasca-apokaliptik, Apocalypse yang sudah pun berlangsung bermula semalam sehingga 18 Mei 2021.

Dengan menggunakan peta Outback versi pasca-apokaliptik, dua puak telah wujud iaitu The Keepers dan The Warband di mana mereka berusaha untuk mencari pokok terakhir di bumi yang mempunyai kuasa untuk mengembalikan kehidupan di bumi.

Melalui acara ini, mod baharu diperkenalkan iaitu Canister. Pemain akan dibahagikan kepada dua puak tersebut iaitu The Keepers akan menjadi Defenders dan The Warband sebagai Attackers. The Keepers boleh membawa canister yang mengandungi pokok tersebut, manakala The Warband boleh menggunakan sistem pengimbas untuk mengesan lawan. Sasaran Warband adalah untuk mematikan canister manakala Warband perlu menjaga canister tersebut sehingga masa tamat ataupun membunuh kesemua pemain lawan.

Acara ini juga akan menyertakan 35 barangan untuk Fuze, Gridlock, Maverick, Nomad, Twitch, Maestro, Melusi, Rook, Smoke dan Valkyrie. Berkas barangan eksklusif untuk Operator juga boleh dibeli di kedai dalam talian dengan harga 1680 R6, pek Apocalypse dengna harga 300 R6 ataupun 12,5000 Renown.

Tom Clancy’s Rainbow Six Siege sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, dan PC.

Sohor Kini