Garena telah mengumumkan yang permainan battle royale mereka Free Fire akan menganjurkan acara masa terhad bersempena dengan sambutan Ramadan dan juga Hari Raya Aidilfitri. Sambutan ini akan memberi peluang kepada pemain untuk mendapat pelbagai ganjaran. Selain itu, mereka juga telah mengumumkan yang pelawak terkenal iaitu Zizan Razak akan menjadi duta selebriti untuk Free Fire.

Antara acara yang dianjurkan adalah pertukaran hadiah, iaitu bermula pada 6 Mei sehingga 16 Mei, pemain boleh menebus hadiah harian dan juga memberikan hadiah kepada rakan. Pemain boleh menebus dan menghantar satu hadiah setiap hari. Selepas menghantar sejumlah hadiah, pemain akan diberikan pelbagai ganjaran termasuk juga kostum khas.

Selain daripada iaitu, pemain juga akan mendapat pelbagai ganjaran dengan sekadar log masuk setiap hari, antara ganjaran adalah kad percubaan untuk hiasan senjata dan juga watak. Pemain juga akan mendapat token ‘Lemang’ daripada setiap sesi permainan, token tersebut boleh digunakan untuk menebus hiasan senjata M82B- Dragon Mob.

Jika pemain bermain Free Fire sekurang-kurangnya 30 minit pada hari raya iaitu 13 Mei, merkea akan diberikan Magic Cube yang boleh ditukar dengan berkas kostum pilihan sendiri. Disertakan juga cabaran bersempena sambutan ini iaitu Raya Day Extended dengan menyelesaikannya pemain boleh memperoleh Jungle Excursion skyboard.

Garena juga telah mengumumkan yang Zizan Razak akan menjadi duta untuk permainan Free Fire, dan setiap promosi pada tahun ini termasuk juga sambutan Ramadan dan Raya ini akan melibatkan beliau. Ini termasuklah iklan TV, filem pendek yang akan tiba pada 8 Mei dan juga video muzik yang akan tiba pada 13 Mei kelak melalui laman sosial mereka.

Garena Free Fire sudah dilancarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini