Microsoft sebelum ini bermula dengan 5 permainan yang menyokong fungsi Xbox FPS Boost, mereka kemudian menambah lagi 18 lagi permainan yang memfokuskan kepada permainan EA yang hadir melalui langganan EA Play dan juga Bethesda.

Minggu ini, mereka membuat penambahan yang lebih banyak iaitu 74 permainan menjadikan jumlah terkini adalah 97 permainan, kali ini mereka tampaknya memfokuskan permainan Ubisoft seperti Assassin’s Creed III Remastered, Assassin’s Creed Rogue Remastered, Assassin’s Creed the Ezio Collection dan Assassin’s Creed Unity yang menyokong sehingga 60hz di Xbox Series.

Selain itu, terdapat juga siri permainan Far Cry, The Division, Watch Dog manakala untuk permainan lain adalah seperti siri permainan Lego, Life is Strange dan juga Metro. Senarai penuh anda boleh baca melalui pautan ini yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Melalui FPS Boost, ia akan mempertingkatkan kadar kelancaran untuk permainan-permainan lama yang dimainkan di Xbox Series tanpa perlu sebarang kemaskini oleh pembangun.

Sohor Kini