Sepertimana diumumkan sebelum ini, Riot Games bakal hadir dengan siri animasi berdasarkan permainan MOBA League of Legends, mereka akhirnya berkongsi treler baharu untuknya dan mengesahkan yang ia akan tiba di Netflix pada suku ketiga tahun ini dengan judul Arcane.

Arcane akan memfokuskan kisah silam kepada dua wira di dalam permainan ini iaitu Jinx dan Vi dan juga watak-watak daripada benua Piltover dan juga Zaun. Animasi untuk siri ini akan dihasilkan oleh Fortiche Productions yang banyak menghasilkan animasi pendek untuk produk-produk promosi Riot Games termasuk juga vidoe muzik untuk lagu K/DA iaitu POP/STARS.

Buat masa ini, pengumuman lanjut seperti senarai pelakon suara dan juga jumlah episod yang ia akan terima tidak diumumkan lagi. Ini merupakan siri animasi kedua berdasarkan permainan MOBA yang disiarkan di Netflix, mereka sebelum ini hadir dengan siri untuk Dota 2; Ulasan DoTA: Dragon’s Blood – Siri Animasi Untuk Permainan Popular.

Sohor Kini