Sony Interactive Entertainment (SIE) hari ini telah mengumumkan yang mereka membuat pelaburan untuk mendapat pegangan minoriti di dalam syarikat pembangun untuk Discord iaitu perkhidmatan yang memfokuskan kepada perbualan dan komunikasi dalam komuniti.

Mereka juga mengumumkan yang mereka bersama dengan Discrod telah memulakan kerjasama untuk membawa perkhidmatan tersebut secara terus di dalam PlayStation Network. Fungsi yang diintegrasi secara terus tersebut dijangka akan tiba pada awal tahun 2022.

Discord baru-baru ini telah menolak tawaran oleh Microsoft yang dilaporkan bernilai sebanyak $12 bilion. Tidak diumumkan jumlah pelaburan oleh SIE, akan tetapi ia mungkin menjadi antara pendorong untuk mengapa mereka menolak untuk menjual secara terus perkhidmatan mereka ini.

Sohor Kini