Escape from Naraka merupakan permainan pengembaraan oleh Xelo Games iaitu pembangun dari Indonesia, sebelum ini mereka sudah berkongsi demo untuknya, dan dijangka akan tiba pada suku pertama tahun ini. Namun, mereka mengumumkan yang permainan tersebut masih sedang dibangunkan dan akan hanya tiba pada suku ketiga tahun ini.

Selain itu, mereka juga mengumumkan yang ia akan diterbitkan oleh Headup yang pernah menerbitkan permainan seperti The Coma, Bridge Constructor, Dead Cells dan Terraria.

Escape from Naraka adalah permainan platformer yang mengambil legenda dan juga cerita rakyat Bali sebagai sumber inspirasi. Di dalam permainan ini, pemain perlu memasuki ‘Naraka’ untuk menyelamatkan kekasihnya daripada Rangda Pemaisuri Leyak.

Jika anda ingin melihat proses pembangunan anda boleh tontonnya di channel Youtube Xelo Games, anda juga boleh masukkan permainan ini di senarai hajat di Steam. Mereka juga merancang untuk mengeluarkan permainan ini di platform lain tetapi ia akan diumumkan kemudian.

Sohor Kini