Les’ Copaque telah mengumumkan yang filem animasi Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal mereka akan disiarkan di Netflix bermula 5 Mei ini. Mereka mengumumkan perkara tersebut melalui satu ciapan di akaun Twitter rasmi hari ini.

Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal merupakan salah satu filem animasi yang mendapat kutipan tinggi pada tahun 2019, di mana filem tersebut telah mengutip RM25 juta dalam masa 21 hari tayangan. Menurut Les’ Copaque, filem tersebut juga merupakan filem animasi terlaris di Astro First.

Jika anda masih tidak tonton ataupun ingin menontonnya sekali lagi, sama-sama kita nantikan ia tiba di Netflix minggu ini.

Sohor Kini