Arena of Valor Menerima Kandungan Bleach Bermula Hari Ini

Garena telah mengumumkan yang acara kolaborasi di antara permainan MOBA mereka Arena of Valor dan siri manga serta anime popular Bleach bermula hari ini. Melaluinya, pemain berpeluang untuk mendapatkan kostum-kostum berdasarkan watak siri tersebut seperti Ichigo Kurosaki, Byakuya Kuchiki dan Toshiro Hitsugaya.

Kostum Ichigo Kurosaki untuk watak Lu Bu boleh diperoleh untuk pemain yang memiliki Valor Pass bagi musim terkini iaitu musim 29. Manakala kostum Byakuya Kuchiki untuk Murad dan Toshiro Hitsugaya untuk Bright boleh didapati melalui pembelian di dalam permainan.

Selain itu, Lindis dan Annette pula akan menerima kostum berdasarkan pakaian popular di dalam Bleach iaitu Lindis akan memakai Shihakusho iaitu pakaian untuk Soul Reaper manakala Annette mendapat uniform sekolah Karakura. Kedua-duanya boleh didapatkan secara percuma dengan menyelesaikan misi.

Arena of Valor sudah dikeluarkan untuk Switch, iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini