Ni no Kuni II: Revenant Kingdom merupakan permainan terbaru bagi siri popular Ni no Kuni, ia dilancarkan pada tahun 2018 lagi akan tetapi terhad kepada PlayStation 4 dan juga PC. Berdasarkan penyenaraian di Agensi Penarafan Eropah (ESRB), permainan tersebut tersenarai untuk konsol Nintendo Switch.

Berbeza dengan permainan pertama yang memfokuskan pengumpulan watak (seakan Pokemon), permainan kedua ini lebih kepada permainan RPG, ia juga menyertakan sesi permainan pengurusan bandar sebagai sesi permainan sampingan. Perubahan ini disukai oleh pemain dan juga media dan menerima ulasan yang baik semasa dilancarkan 3 tahun lepas.

Ni no Kuni II: Revenant Kingdom dibangunkan oleh Level 5 dan diterbitkan oleh Bandai Namco, beberapa bulan selepas dilancarkan ia telah terjual sebanyak 900 ribu unit, namun tiada perkongsian baharu mengenainya sehingga sekarang.

Sohor Kini