Beberapa bulan lalu AirAsia membuka pendaftaran untuk pencarian personaliti VTuber mereka sendiri, dimana mereka mencari seorang gadis Malaysia untuk memainkan watak tersebut. Setelah pendaftaran tersebut ditutup, tidak banyak yang diketahui mengenai projek tersebut, yang bernaung dibawah Project Kavvaii AirAsia sendiri.

Terkini, AirAsia baru sahaja mengeluarkan satu kicauan yang memperlihatkan personaliti VTuber tersebut, yang dinamakan Aozora Kurumi. Watak VTuber ini hadir dengan rambut pendek berwarna putih dengan cerakan berwarna merah, dan hadir dengan pakaian berwarna merah, selari dengan warna korporat syarikat tersebut.

Aozora Kurumi turut mempunyai akaun Twitternya sendiri, dan akan diperkenalkan secara rasmi melalui sebuah acara penstriman yang akan diadakan dalam masa terdekat ini.

Sohor Kini