E3 sebelum ini telah mengumumkan beberapa penerbit yang akan menyertai acara digital mereka pada tahun ini, antaranya adalah Nintendo, Xbox, Capcom, Ubisoft, Take-Two, Warner Bros, Koch Media, dan Konami. Namun, hujung minggu lepas, Konami mengumumkan disebabkan masalah penjadualan, mereka terpaksa menarik diri daripada acara tersebut.

Walaupun tidak menyertai E3 kali ini, mereka mengesahkan yang sedang membangunkan beberapa permainan utama. Selain daripada itu, mereka juga akan terus menyokong ESA di dalam pengajuran E3 dan merasakan yang E3 tahun ini akan menjadi satu acara yang berjaya.

Antara permainan yang diumumkan oleh Konami sebelum ini adalah Edens Zero akan tetapi tidak pasti jika ia dianggap sebagai permainan utama, mereka juga diura-urakan cuba untuk membawa kembali siri Silent Hill tanpa penglibatan Kojima Production.

E3 akan berlangsung sepenuhnya secara digital pada 15 sehingga 17 Jun 2021.

Sohor Kini