Facebook telah mengumumkan yang mereka di dalam proses untuk mengambil alih Downpour Interacitve, iaitu pembangun permainan Onward. Onward merupakan permainan menembak multi-pemain secara realiti maya (VR) ia ditawarkan untuk pelbagai platform VR iaitu Oculus dan juga Steam.

Buat masa ini mereka mengatakan akan terus mengembangkan permainan Onward, dan tidak ada mengumumkan mengenai permainan baharu. Mereka juga menegaskan yang walaupun di ambil oleh Facebook, versi Steam akan terus disokong.

Selepas pengambil-alihan selesai, kesemua pembangun Downpour Interactive akan menyertai Oculus Studios. Facebook juga mengatakan yang mereka akan terus mencari cara untuk mengembangkan lagi penawaran VR, termasuk juga mengambil-alih lebih banyak lagi studio.

Sohor Kini