Mediatonic telah mengumumkan yang Fall Guys untuk Xbox One, Xbox Series dan Switch tidak lagi akan dikeluarkan pada suku ketiga tahun ini seperti yang diumumkan sebelum ini, mereka tidak mengumumkan tarikh baharu akan tetapi paling awalnya adalah akhir tahun ini ataupun awal tahun hadapan.

Mereka mengatakan yang selepas menjadi sebahagian daripada studio di bawah Epic Games, mereka mempunyai pelbagai fungsi yang boleh disertakan, ini termasuk juga fungsi rentas platform. Penambahan fungsi-fungsi ini yang membuatkan mereka menyedari tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk melancarkannya pada suku ketiga tahun ini.

Namun, mereka menegaskan yang kandungan untuk Fall Guys di PlayStation dan juga PC tidak akan terjejas dan akan terus hadir seperti dijanjikan terutama kandungan Musim 4.5 yang akan tiba tidak lama lagi.

Sohor Kini