Techcrunch telah melaporkan yang Riot Games menyertakan perkara baharu di dalam perjanjian privasi untuk bermain permainan mereka. Perkara yang disertakan adalah pemain kini membenarkan untuk permainan merakam sembang suara untuk mana-mana pemain yang dilaporkan bermasalah semasa sesi permainan.

Perkara ini telah disahkan oleh Riot Games sendiri dan mereka mengatakan sistem tersebut akan dimulakan di dalam permainan Valorant. Mereka juga mengatakan yang ini adalah untuk memastikan sesi permainan mereka menjadi lebih baik untuk semua pemain dan menghalang pemain-pemain yang bermasalah.

Maklumat lanjut untuknya akan diumumkan kemudian, akan tetapi menurut Techcrunch, rakaman sembang suara hanya akan disimpan apabila pemain tersebut dilaporkan oleh mana-mana pemain untuk kesalahan berkait, jika selepas pemeriksaan mereka dan mendapati ia tidak mempunyai tindakan lanjut, rakaman tersebut akan dipadamkan. Selain itu, ia juga akan disimpan di pelayan sama dengan sesi permainan tersebut sahaja.

Sembang suara kebiasaan adalah perkara yang bermasalah dan ramai pemain memilih untuk menutupnya secara terus, tetapi permainan seperti Valorant yang mementingkan perbincangan strategi, pemain terpaksa membukanya terutama apabila bermain mod Ranked.

Sohor Kini