Golden Week merupakan minggu yang mempunyai beberapa cuti umum di Jepun, oleh kerana setiap cuti tersebut berhampiran dengan satu sama lain, ia menjadi satu cuti umum yang panjang iaitu bermula pada 29 April sehingga 5 Mei.

Bersempena dengan perkara tersebut, Steam telah menganjurkan jualan promosi yang telah bermula dan akan berakhir pada 6 Mei. Oleh kerana ini adalah sambutan di negara Jepun, permainan-permainan yang ditawarkan juga adalah permainan dari penerbit Jepun.

Antara permainan menarik yang ditawarkan adalah;

  • Nier Automata – RM84.50
  • Death Stranding – RM95.60
  • Persona 5 Strikers – RM175.20
  • Octopath Traveler – RM95.00
  • Devil May Cry 5 – RM45.60
  • eFootball PES 2021 – RM38.28
  • Yakuza: Like a Dragon – RM160.30
  • Dragon Ball Z: Kakarot – RM63.60

Selain permainan-permainan di atas, terdapat pelbagai lagi permainan menarik terutama dari penerbit-penerbit terkenal seperti Square Enix dan Bandai Namco. Anda boleh layari Steam untuk senarai penuh.

Sohor Kini