Rust Untuk PlayStation 4 Dan Xbox One Akan Tiba Pada 1 Jun 2021

Double Eleven dan Koch Media telah mengumumkan yang permainan simulasi ketahan hidup Rust akan dikeluarkan untuk konsol iaitu PlayStation 4 dan Xbox One pada 1 Jun 2021 dan sesi pra-tempahan juga kini dibuka. Menurut Double Eleven, ia adalah permainan yang berasingan dengan versi PC dan direka khusus untuk konsol.

Rust merupakan permainan simulasi pertahan hidup di mana pemain akan bermain di dalam satu pulau yang luas di dunia pasca-apokaliptik dan pemain perlu mencari makanan, senjata dan sebagainya untuk meneruskan hidup permainan tersebut, ia boleh dimainkan secara solo ataupun bersama rakan.

Versi konsol ini sepatutnya dilancarkan pada tahun lepas, akan tetapi akibat pandemik Covid-19 mereka terpaksa menunda ke satu tarikh ditetapkan.

Ia ditawarkan dengan tiga edisi iaitu edisi biasa yang beharga RM209 di PS Store, $49.99 di Xbox Store, edisi Digital Deluxe, RM249 atau $59.99 dan edisi Ultimate dengan harga RM339 atau $79.99. Koch Media juga akan hadir dengan versi fizikal untuknya.

Sohor Kini